Monday, April 11, 2011

"ZEA MAYS"

PELBAGAI KEGUNAAN JAGUNG.

 recently sy suke mkn jagung...td kt ofis smbil ujan sy redah gak ujan utk beli jagung.....rase cam puas sgt perot ni if di isi jagung......since sy ni regular customer akak tu so td sy gi bile sy ckp kt akak tu "akak kasi jagung lebey ek..sy kan slalu beli dgn akak"....so akak tu pn bg la lebey pd sy kan..hmm..akak mmg dgr kate..sy suke....

da beli tu then rase cam bosan lak mkn tak buat ape2..tetibe de idea nk search khasiat jagung ni kan..yela dok mkn tetiap hari tnp tau khasiat nye ape tak gune gak kan....so google la pe yg ade.....yummyyyy



jagung 

Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput ‘Gramineae’.
Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.Jagung muda kaya dengan protein,beta-kerotina,vitamin A,B1,B6,C dan K,kalsium,fosforus,zat besi,serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang,gigi,rambut dan hati (tntg hati ni mmg perlu coz skang hati byk tak kuat..sakit,hancur,luluh,berkecai,kedabom!!).Ia juga boleh menurunkan tekanan darah serta melawaskan pembuangan air kecil.Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh.Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak,kolestrol dan rendah kalori.

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York,USA,jagung yang dimasak sama ada dikukus,rebus atau dibakar,membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

No comments: